Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2024-06-11
berita.rtm.gov.my
HaiPress

Fadhlina Sidek
KUALA LUMPUR,11 Jun- Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek,mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat akibat keracunan makanan dari sebuah sekolah di Gombak.
Beliau dalam satu kenyataan berkata,kes berkenaaan tidak berlaku di institusi pendidikan bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
"Walaupun begitu,saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memberi peringatan kepada semua pemimpin,pentadbir dan warga institusi pendidikan bawah KPM untuk sentiasa mematuhi garis panduan berkaitan penganjuran acara serta penyediaan makanan.
"Saya mengambil berat keselamatan dan kesejahteraan seluruh warga institusi pendidikan bawah KPM," katanya.
Pada masa sama beliau juga mendoakan keluarga mangsa diberi kekuatan dan kesabaran dalam menempuh situasi sukar itu.
BERITA BERKAITAN:
Dua maut keracunan selepas makan makanan dibawa dari sekolah
KKM dalam proses siasatan kes keracunan makanan