Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2024-06-11
berita.rtm.gov.my
HaiPress

Timbalan Menteri Kesihatan,Datuk Lukanisman Awang Sauni / Foto Bernama
PEKAN,11 Jun - Kementerian Kesihatan (KKM) masih dalam proses siasatan berhubung insiden seorang pelajar tingkatan lima dan seorang kanak-kanak perempuan,dua tahun yang meninggal dunia akibat keracunan makanan.
Timbalan Menteri Kesihatan,Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata perkara itu,masih lagi dalam semakan pihak KKM.
"Perkara tersebut akan dijawab oleh Bahagian Kesihatan Awam sebelum kenyataan rasmi dikeluarkan KKM," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan lawatan ke Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) di Pekan,Pahang.
Polis mengesahkan telah menerima dua laporan kes kematian akibat keracunan makanan yang diambil daripada sebuah sekolah agama di Gombak.
BERITA BERKAITAN:
Kes keracunan di sebuah sekolah bukan bawah KPM - Fadhlina
Dua maut keracunan selepas makan makanan dibawa dari sekolah