Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2024-06-17
berita.rtm.gov.my
HaiPress

BANK NEGARA MALAYSIA
KUALA LUMPUR,15 Jun- Kadar antara bank jangka pendek dijangka kekal stabil minggu depan susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) yang menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Minggu ini,bank pusat memasuki pasaran setiap hari untuk mengurangkan lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan dengan menawarkan tender repo berbalik dan tender repo berbalik Islam.
Lebihan mudah tunai dalam sistem konvensional meningkat kepada RM47.71 bilion daripada RM21.64 bilion pada minggu sebelumnya.
Dalam sistem Islam,lebihan mudah tunai turun kepada RM14.51 bilion berbanding RM20.41 bilion sebelumnya.
Setakat 13 Jun,Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 3.03 peratus. -BERNAMA