Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2024-06-18
berita.rtm.gov.my
HaiPress

FOTO HIASAN
KUALA LUMPUR,18 Jun- Pelabur asing meneruskan minat terhadap ekuiti tempatan untuk minggu kedua berturut-turut.
Pembelian bersih oleh pelabur asing mencecah 202.4 juta minggu lepas,berbanding aliran masuk bersih RM535 juta minggu sebelumnya.
MIDF Research dalam laporan aliran dana mingguannya memaklumkan,utiliti,produk dan perkhidmatan perindustrian serta teknologi merupakan tiga sektor yang mencatat aliran masuk asing bersih tertinggi.
Manakala,tiga sektor dengan aliran keluar asing bersih tertinggi ialah perkhidmatan kewangan,perladangan serta telekomunikasi dan media.
Sementara itu,institusi tempatan meneruskan trend jualan bersih selama dua minggu berturut-turut,meski dalam jumlah lebih rendah sebanyak RM25.9 juta,berbanding minggu sebelumnya.