Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2024-06-19
berita.rtm.gov.my
HaiPress

Jemaah haji di Mina memulakan ibadah melontar batu di Jamarat
MEKAH,18 Jun- Lebih separuh daripada 31,600 jemaah haji Malaysia,telah selesai melaksanakan 'Nafar Awwal' iaitu melontar jamrah pada dua daripada tiga hari tasyrik.
Bakinya,akan menyempurnakan 'Nafar Thani',melontar jamrah pada ketiga-tiga hari tasyrik sehingga esok.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar berkata setakat ini,proses melontar bagi jemaah Malaysia,berjalan lancar.
"Alhamdulillah pada hari ini sebahagian besar daripada jemaah haji Malaysia telah menyempurnakan Nafar Awwal dan telah bergerak ke Mekah.
"...dan insya-Allah mereka ini berada di Mekah,sebahagian besar daripada mereka ni akan membuat persediaan untuk pulang ke tanah air di mana penerbangan pertama untuk pulang ke tanah air adalah pada 24 Jun 2024," katanya kepada pemberita di sini.