Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2024-06-19
berita.rtm.gov.my
HaiPress

FOTO FAIL
KUALA LUMPUR,18 Jun - Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup kebanyakannya tidak berubah pada Selasa.
Pada penutup dagangan,kontrak Jun 2024,September 2024 dan Disember 2024 masing-masing tidak berubah pada 1,608.50,1,599.00 dan 1,605.50 manakala Julai 2024 meningkat 0.5 mata kepada 1,614.00.
Jumlah dagangan merosot kepada 7,113 lot daripada 7,847 lot pada Jumaat minggu lepas manakala kepentingan terbuka turun kepada 48,948 kontrak daripada 50,046 kontrak.
Pada 5 petang,FBM KLCI susut 1.19 mata kepada 1,606.13 daripada paras penutup 1,607.32 pada Jumaat minggu lepas. - BERNAMA