Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2024-06-21
berita.rtm.gov.my
HaiPress

Foto RTM
KUALA LUMPUR,20 Jun-Malaysia dan China menyokong usaha berterusan berhubung pengecualian visa bagi memupuk serta mengukuhkan hubungan persahabatan antara kedua-dua negara.
Menerusi kenyataan bersama hari ini,kedua-dua pemimpin iaitu Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan sejawatnya,Li Qiang menyokong usaha berterusan membabitkan pengecualian visa pelancong bagi memudahkan kemasukan rakyat Malaysia dan China.
Menerusi kenyataan itu,China bersetuju melanjutkan kemudahan itu sehingga akhir tahun 2025.
Sebagai balasan,Malaysia akan melanjutkan pengecualian visa sehingga akhir tahun 2026.
Kedua-dua pemimpin,Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Perdana Menteri Li mengalu-alukan minat yang mendalam untuk meneruskan perundingan mengenai pengecualian visa sebagai tanda memupuk hubungan persahabatan antara kedua-dua negara.