Tabung Haji terima Anugerah Labbaittom buat kali ketiga

2024-06-21     berita.rtm.gov.my HaiPress

Kerajaan Arab Saudi tmenobatkan Malaysia melalui Tabung Haji (TH) sebagai penerima Anugerah Labbaittom bagi kategori kepuasan tertinggi dalam perkhidmatan/Foto Haj Ministry Arab Saudi

MEKAH,21 Jun - Buat tahun ketiga beturut-turut,Lembaga Tabung Haji (TH) memenangi Anugerah Labbaittom bagi kategori kepuasan tertinggi dalam perkhidmatan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama),Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar berkata,kejayaan itu hasil usaha pelbagai pihak terutama TH yang sentiasa menambah baik tahap perkhidmatannya.

Tambahnya ini termasuk jemaah negara yang terkenal dengan ilmu dan disiplin yang baik.

“Anugerah ini sudah tentu merupakan satu pengiktirafan yang secara konsisten diberikan kerajaan Arab Saudi.

“Tabung Haji dan jemaah haji Malaysia ini memang menjadi penanda aras kepada jemaah haji lain dan menjadi contoh yang terbaik kepada negara-negara lain dalam konteks pengurusan haji secara keseluruhan," katanya pada sidang media terakhir operasi musim Haji 1445H di bangunan Ibu Pejabat Lembaga Tabung Haji,di sini.

Dalam pada itu,beliau memaklumkan TH akan mengadakan mesyuarat penutup dengan pelbagai kementerian dan agensi penyedia perkhidmatan haji di Arab Saudi bagi menilai tahap perkhidmatan yang diberikan.

Menurut beliau,mesyuarat itu akan membincangkan semua aduan yang diterima dan melakukan penambahbaikan bagi musim haji tahun hadapan.

Anugerah disampaikan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi,Dr. Tawfiq Rabiah dalam Majlis Penutup Musim Haji 1445H/2024M di Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi pada Isnin.

BERITA BERKAITAN:

Lebih 1.8 juta umat Islam seluruh dunia tunai ibadat haji tahun ini

Tiga lagi kematian jemaah haji Malaysia di Tanah Suci

Enam jemaah haji Malaysia meninggal dunia selepas wukuf

Separuh jemaah haji Malaysia selesai laksana Nafar Awwal

Cuaca panas: Arab Saudi keluar nasihat selepas rekod kematian jemaah haji

Hayati nilai kesederhanaan dalam ibadah Haji

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.