Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2024-06-25
berita.rtm.gov.my
HaiPress

Foto RTM
JOHOR BAHRU,25 Jun-97 tahanan dari pelbagai negara dihantar pulang ke negara asal secara berperingkat melalui Terminal Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA),Selangor dan Terminal Feri Stulang Laut,Johor Bahru,semalam.
Menerusi kenyataan Facebook Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Johor,pemindahan melibatkan 42 tahanan lelaki China dan 55 warga Indonesia yang terdiri daripada 38 lelaki serta 17 wanita.
Penghantaran tahanan dibuat setelah mereka selesai menjalani hukuman termasuk kesalahan mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan- Peraturan Imigresen 1963.
Kesemua tahanan telah melepasi pengesahan kewarganegaraan dari pihak kedutaan negara masing-masing dan dikeluarkan dokumen perjalanan sementara untuk pulang ke negara mereka.
Program pemindahan tahanan itu merupakan aktiviti utama Depot Tahanan Imigresen Pekan Nenas,Pontian dalam usaha memastikan semua tahanan yang telah selesai menjalani hukuman segera dihantar pulang.