Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2024-06-25
berita.rtm.gov.my
HaiPress

Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,25 Jun- Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyambut baik kedudukan Malaysia yang dinaik taraf ke Tahap 2 dalam Laporan Jabatan Negara Amerika Syarikat (JNAS) berkaitan Pemerdagangan Orang 2024.
KDN menerusi kenyataan menyambut baik peningkatan positif Malaysia yang diumumkan di Washington,Amerika Syarikat,semalam.
"Peningkatan ini amat strategik dan signifikan kerana negara sebelum ini dinilai pada Tahap 2 Pemerhatian pada 2023 manakal kali terakhir berada di Tahap 2 adalah pada 2017 lalu," kata kenyataan itu.
Selain itu,kejayaan tersebut merupakan hasil usaha pelbagai pihak berkepentingan yang turut memberi sumbangan bermakna dan berterusan dalam menjayakan agenda membanteras pemerdagangan orang di Malaysia.
Antara pencapaian signifikan yang direkodkan adalah peningkatan bilangan penyiasatan,sabitan kes dengan hukuman yang signifikan,program kesedaran dan pendakwaan terhadap penjawat awam.