Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2024-06-25
berita.rtm.gov.my
HaiPress

Timbalan Perdana Menteri,Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi
KUALA LUMPUR,25 Jun - Tiada unsur 'pilih kasih' dalam membuka peluang kepada rakyat Malaysia untuk mengikuti kursus Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).
Timbalan Perdana Menteri,Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata pendirian "buta warna" kerajaan ini kekal termasuklah dalam memberi peluang kepada pelajar tanpa mengira kaum menjalani latihan TVET di China.
"Saya telah membuka peluang ini untuk 500 pelajar Cina,200 India,200 Sabah,200 Sarawak yang kita beri peluang untuk mereka mendapat pengalaman di China," katanya.
Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Jelebu Datuk Seri Jalaluddin Alias di Dewan Rakyat,di sini.
Sementara itu,Ahmad Zahid turut memaklumkan sebanyak 98.5 peratus pelajar TVET di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA) berjaya memperoleh pekerjaan.
Bagaimanapun baki 1.5 peratus daripada pelajar itu memilih untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi seperti,Diploma,Ijazah dan juga Sarjana.
"Itu sebabnya kita elakkan berlaku "tidak sepadan",kita mahu kursus yang ditawarkan itu adalah kursus yang ditentukan keperluannya oleh penggiat industri agar mereka ini terus dapat bekerja di syarikat berkenaan," katanya.