Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2024-06-25
berita.rtm.gov.my
HaiPress

Menteri Pelaburan,Perdagangan dan Industri (MITI),Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz / Foto Fail Bernama
KUALA LUMPUR,24 Jun - Malaysia perlu meningkatkan produktiviti melalui penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI).
Ini berikutan,teknologi AI berpotensi untuk memudahkan tugasan,membuka ruang kepada pemikiran strategik dan meningkatkan produktiviti.
Menteri Pelaburan,Perdagangan dan Industri (MITI) Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata di samping AI,Malaysia perlu meningkatkan penyelidikan dan pembangunan (R&D).
"Meningkatkan penyelidikan dan pembangunan (R&D) untuk menyalurkan produk yang berdaya saing dan membolehkan syarikat dan ekonomi memasuki rantaian global yang bernilai tinggi.
"Proses inovasi sama pentingnya dengan inovasi produk dan kritikal dalam meningkatkan produktiviti," katanya pada majlis pelancaran Laporan Produktiviti 2024 oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC),di sini.
Teks ucapan beliau dibacakan oleh Ketua Setiausaha MITI,Datuk Hairil Yahri Yaacob.
Tambah Tengku Zafrul,AI mampu memajukan prestasi ekonomi di tengah-tengah kemerosotan sumber dan peningkatan kadar inflasi.