Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2024-06-25
berita.rtm.gov.my
HaiPress

Menteri Pengangkutan,Anthony Loke
SEPANG,24 Jun - Kerajaan mengalu-alukan sebarang langkah oleh syarikat penerbangan tempatan untuk menambah jumlah pesawat masing-masing.
Menteri Pengangkutan,Anthony Loke berkata ia berupaya menyumbang kepada tambang penerbangan yang lebih kompetitif berikutan tambang penerbangan mempunyai penentuan harga yang dinamik.
Beliau berkata,kerajaan tidak mempunyai kawalan terhadap harga tiket penerbangan melainkan bagi perjalanan domestik ketika musim perayaan.
"Bagi perjalanan antarabangsa sudah tentu tiada mekanisma pemberian subsidi untuk penerbangan. Cara untuk menyelesaikan dan mengurangkan harga tiket penerbangan yang tinggi ini adalah dengan mewujudkan lebih ramai pesaing dalam pasaran," katanya.
Beliau berkata demikian selepas menyaksikan majlis pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) antara Batik Air dan Kia untuk menawarkan perkhidmatan pemindahan terminal persendirian,di sini.