Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2024-06-25
berita.rtm.gov.my
HaiPress

Foto hiasan
KUALA LUMPUR,24 Jun- Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Mudah tunai dalam sistem konvensional naik kepada RM39.61 bilion daripada RM39.12 bilion pagi ini manakala mudah tunai dalam dana Islam berkurangan kepada RM15.70 bilion daripada RM16 bilion sebelum ini.
Terdahulu,bank pusat menjalankan dua tender repo berbalik dan satu tender repo berbalik Islam (SBBA).
BNM turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik,perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah komoditi bercagar bagi tempoh satu hingga tiga bulan.
Pada 4 petang,bank pusat menawarkan tender pasaran wang konvensional bernilai RM39.60 bilion dan tender pasaran wang Murabahah bernilai RM15.70 bilion,kedua-duanya untuk wang sehari.
Setakat 21 Jun,Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 3.01 peratus.- BERNAMA