Fri Dec 20
Tiada kenaikan tarif elektrik, rakyat tarik nafas lega
2024-06-30 berita.rtm.gov.my HaiPress
Orang awam,Rena Tan
KUALA LUMPUR,30 Jun- Rata-rata masyarakat menarik nafas lega susulan tiada kenaikan tarif elektrik di Semenanjung mulai 1 Julai sehingga 31 Disember ini.
Menerusi tinjauan RTM,mereka berharap agar komitmen kerajaan itu dapat terus kekal demi menjamin kesejahteraan semua rakyat.
"Usaha yang bagus oleh Kerajaan Madani dalam membantu masyarakat. Satu berita baik sebenarnya. Saya harap disambut baik oleh semua kerana benda ini menguntungkan kita semua," kata Elrafaei Sapi.
"Pada pendapat saya,saya sangat setuju dengan keputusan tarif elektrik tidak dinaikkan kerana ia dapat meringankan beban. Rakyat sekarang pun sudah terbeban dengan pelbagai masalah," kata Rena Tan.
"Saya sebagai orang muda bersetuju dengan kadar tarif elektrik ini tidak dinaikkan. Ini merupakan berita yang baik untuk semua orang,rakyat Malaysialah," kata Farah Nabilah Zainon.
Semalam,kerajaan turut menyatakan terdapat penurunan surcaj sebanyak RM0.01 per kilowat jam kepada kategori lampu jalan (tarif G dan G1) bawah seliaan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
Bagi tempoh sama,pengguna komersial dan industri akan alami penurunan kadar surcaj Pelepasan Kos Tidak Berimbang (ICPT) sebanyak RM0.01 per kilowat jam.