Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2024-06-30
berita.rtm.gov.my
HaiPress

Timbalan Menteri Komunikasi,Teo Nie Ching
KULAI,30 Jun- Kementerian Komunikasi sedia memberi kerjasama penuh berhubung siasatan hantaran fitnah terhadap Pemangku Sultan Johor,Tunku Mahkota Ismail.
Timbalan Menterinya,Teo Nie Ching berkatasokongan dalam aspek teknikal akan dihulurkan,sekiranya diperlukan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Sehingga kini,Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) belum menerima arahan lanjut berkaitan kes tersebut.
"MCMC juga bergantung kepada orang awam untuk ambil tindakan,sama juga dengan polis. Setakat ini,kami belum menerima permintaan daripada PDRM. Kami perlu tunggu arahan polis untuk menurunkan hantaran,kami tidak mahu mengganggu siasatan polis," kata Teo kepada pemberita,hari ini.
Terdahulu,fitnah yang mendakwa Tunku Mahkota Ismail,kononnya terbabit rasuah bernilai RM20 juta,tular di platform Whatsapp,baru-baru ini.
Dalam perkembangan lain,agensi media rasmi kerajaan turut diminta membantu memberi penjelasan kepada orang ramai,berhubung kes pembelian saham BlackRock.
RTM,Bernama dan juga Jabatan Penerangan (JaPen),telah diarahkan bekerjasama,menguar-uarkan laporan berdasarkan penjelasan rasmi yang dibuat kerajaan.