Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2024-06-30
berita.rtm.gov.my
HaiPress

Foto Ihsan JBPM
BENTONG,30 Jun- Seorang lelaki maut akibat tersepit selepas kereta yang dipandunya terbabas dan terbakar dalam kejadian di arah timur KM 57.1 Jalan Bentong-Karak di Bentong,Pahang,pagi tadi.
Sementara itu,seorang penumpang wanita mengalami kecederaan dan berjaya dikeluarkan daripada kereta tersebut,dihantar ke hospital berdekatan oleh orang awam.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang,Zulfadli Zakaria dalam satu kenyataan berkata pihaknya menerima panggilan orang awam pada pukul 9.06 pagi dan tiba di lokasi pada pukul 9.32 pagi dengan jarak 26 kilometer.
"Peratusan kebakaran dianggarkan 100 peratus."
"Anggota bomba membuat kerja-kerja pemadaman menggunakan dua aliran hos salur bantu mula air tangki pam jentera dan membuat kerja-kerja mengeluarkan mangsa yang tersepit," kata kenyataan itu.
Mangsa yang maut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Punca kebakaran dan kemalangan masih dalam siasatan pihak berkuasa.