Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2024-07-12
berita.rtm.gov.my
HaiPress

Foto: JBPM Kelantan
TUMPAT,12 Julai- Warga emas ditemukan maut dalam kebakaran di sebuah rumah di Kampung Bukit,Wakaf Bharu pada 7.30 malam tadi.
Mangsa,Halimah Awang,85,yang tinggal berseorangan ditemukan anggota bomba di dalam bilik air dalam keadaan tertiarap dan melecur di beberapa bahagian tubuh.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Wakaf Bharu,Nazah Nafi berkata sepasukan 19 pegawai serta anggota termasuk dari BBP Tunjong bergegas ke lokasi sebaik menerima panggilan pukul 8.04 malam.
"Sebaik tiba di tempat kejadian,kebakaran didapati sudah 70 peratus memusnahkan sebuah rumah jenis sementara kekal.
"Apabila api berjaya dikawal pada 8.37 malam,kami menemukan mangsa berada di bilik air dalam keadaan tertiarap," katanya dalam kenyataan,semalam.
Beliau berkata kes itu diserahkan kepada polis sebelum dibawa ke Hospital Tumpat untuk tindakan lanjut.