Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2024-07-12
berita.rtm.gov.my
HaiPress

IPOH,12 Julai-Tindakan sekumpulan lelaki menjual durian tanpa memakai baju yang tular di media sosial disifatkan tidak wajar.
Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata sehubungan itu beliau telah mengarahkan pihaknya untuk menjalankan siasatan lanjut berkenaan isu tersebut.
Sekiranya didapati berlaku kesalahan,tindakan sewajarnya akan diambil terhadap pihak terlibat.
"Memang tidak sesuai dalam hal kita proses penyediaan makanan ataupun penjual makanan,memaparkan tidak berpakaian
"Ini melibatkan kebersihan diri dan juga sangat-sangat tidak menggalakkan kalau boleh jangan dilakukan",katanya demikian selepas merasmikan Kongres ASEAN ke-13 dan Kongres Kesihatan Perak ke-10 di sini.
Bertemakan “Mendakap Horizon Baharu dalam Penjagaan Kesihatan Primer”,kongres selama tiga hari ini sehingga 14 Julai itu menjadi platform penting bagi anggota kesihatan,pembuat dasar dan pihak berkepentingan dari seluruh rantau ASEAN untuk berkongsi pengetahuan dan membincangkan kemajuan serta cabaran terkini dalam sektor penjagaan kesihatan.
Kongres berkenaan dihadiri kira-kira 360 pengamal perubatan.