Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2024-07-12
berita.rtm.gov.my
HaiPress

Seorang remaja maut apabila motosikal dibonceng bertembung dengan sebuah lori di kilometer 20 Jalan Lipis-Merapoh,di sini pada Khamis
LIPIS,12 Julai - Seorang remaja maut apabila motosikal dibonceng bertembung dengan sebuah lori di kilometer 20 Jalan Lipis-Merapoh,di sini pada Khamis.
Ketua Polis Daerah Kuala Lipis,Superintendent Ismail Man berkata siasatan mendapati,pemandu lori dari arah Ladang Selborne dalam perjalanan balik ke Kampung Selindang.
Manakala penunggang dan pembonceng motosikal berusia 14 tahun baru selesai kelas mengaji di Kampung Gua dalam perjalanan menghala ke Kampung Padang Tengku Lipis.
"Ketika sampai di simpang tiga,motosikal berkenaan bertembung dengan lori yang bergerak di laluan terus.
"Mangsa,Nor Arisya Husniyah Azli meninggal dunia di lokasi,manakala penunggang motosikal mengalami kecederaan telah dibawa ke Hospital Kuala Lipis untuk rawatan lanjut," katanya menerusi kenyataan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Polis turut memohon kerjasama orang ramai yang melihat kejadian tersebut untuk tampil bagi membantu siasatan.