Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2024-07-12
berita.rtm.gov.my
HaiPress

FOTO HIASAN
KUALA LUMPUR,11 Julai- Harga Getah Mutu Malaysia SMR 20 ditutup tinggi pada Khamis yang juga hari ketiga berturut-turut dan seiring dengan prestasi pasaran niaga hadapan serantau dan harga minyak mentah,kata peniaga.
Sentimen itu juga,katanya,didorong oleh jangkaan penurunan kadar faedah di Amerika Syarikat (AS).
Beliau berkata unjuran data ekonomi China yang kukuh berserta langkah-langkah rangsangan bagi menyokong pemulihan ekonominya,turut membantu mengekalkan momentum pasaran.
“Bagaimanapun,peningkatan seterusnya dikekang oleh pengukuhan prestasi nilai ringgit berbanding dolar AS menjelang pengumuman laporan inflasi negara maju itu yang penting,” katanya kepada Bernama.
Harga Lembaga Getah Malaysia (LGM) bagi SMR 20 meningkat 7.5 sen kepada 786.5 sen sekilogram manakala susu getah pukal turun 2.0 sen kepada 660 sen sekilogram.
Setakat 5 petang,harga rujukan LGM bagi SMR 20 fizikal berada pada 782.5 sen sekilogram manakala susu getah pukal pada 657 sen sekilogram.- BERNAMA