Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2024-07-12
berita.rtm.gov.my
HaiPress

FOTO HIASAN
KUALA LUMPUR,11 Julai- Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Mudah tunai dalam sistem konvensional meningkat kepada RM35.70 bilion daripada RM33.12 bilion pagi ini manakala kecairan dalam dana Islam merosot kepada RM21.01 bilion daripada RM23.05 bilion.
Terdahulu,bank pusat itu menjalankan satu tender repo berbalik.
BNM turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik,perjanjian jual dan beli balik serta kemudahan murabahah komoditi bercagar untuk tempoh satu dan tiga bulan.
Pada 4 petang,bank pusat menjalankan tender pasaran wang konvensional bernilai RM35.70 bilion dan tender pasaran wang murabahah bernilai RM21.10 bilion,kedua-duanya untuk wang sehari.
BNM menyemak semula tender semalaman konvensional kepada RM35.7 bilion daripada RM35.1 bilion.
Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 3.0 peratus pada 10 Julai.-BERNAMA