Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2024-07-12
berita.rtm.gov.my
HaiPress

Foto Hiasan
KUALA LUMPUR,12 Julai- Kadar jangka pendek diunjurkan kekal stabil pada Jumaat dengan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) akan menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Mudah tunai dianggarkan berjumlah RM41.35 bilion dalam sistem konvensional dan RM22.09 bilion dalam dana Islam.
Hari ini,bank pusat akan menawarkan tender repo berbalik bernilai RM1.50 bilion bagi 31 hari.
BNM juga mengumumkan ketersediaan kemudahan perjanjian repo berbalik,perjanjian jual dan beli balik serta Murabahah komoditi bercagar bagi tempoh satu hingga tiga bulan.
Pada 4 petang,BNM akan melaksanakan tender semalaman konvensional RM42.9 bilion dan tender semalaman Murabahah RM22.1 bilion.- BERNAMA