Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2024-07-14
berita.rtm.gov.my
HaiPress

Anwar Ibrahim (dua kanan) pada sambutan Hari Peneroka Felda 2024 di MAEPS hari ini
SERDANG,14 Julai- Tindakan membahayakan nyawa seseorang termasuk tokoh negara bukan jalan penyelesaian bagi menyelesaikan sesuatu isu atau rasa tidak puas hati.
Itu menurut Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika diminta mengulas mengenai insiden tembakan yang menyasarkan bekas Presiden Amerika Syarikat,Donald Trump,semalam.
Anwar turut melahirkan rasa simpati terhadap Trump dan berharap semuanya dalam keadaan terkawal.
"Apapun pendirian kita pada mana-mana tokoh,cara begini bukanlah penyelesaian. Kita simpati kepada Trump dan berharap keadaan terkawal," katanya.
Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Peneroka Felda 2024 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang di sini,hari ini.
Terdahulu,Trump dilapor terkena tembakan pada bahagian telinga kanan semasa berrkempen di Pennysylvania,namun beliau mengesahkan dirinya dalam keadaan baik.
BERITA BERKAITAN
Trump cedera ditembak ketika kempen pilihan raya
Biden kutuk serangan tembak ketika Trump berkempen di Pennsylvania