300 tukun tiruan labuh di perairan negeri Kelantan sejak 17 tahun lalu

2024-07-21     berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto RTM

PASIR PUTEH,21 Julai - Sebanyak 300 tukun tiruan telah dilabuhkan di perairan negeri Kelantan sejak 2007 yang menelan belanja lebih RM5.8 juta.

Pelepasan tukun terlibat dibuat di empat daerah negeri itu melibatkan tujuh lokasi iaitu di Kuala Tumpat,Kuala Besar,Sabak,Kemasin,Pantai Irama,Semerak dan Tok Bali.


Menurut Pengarah Perikanan Kelantan Dr Erniyta Osman,pelbagai jenis tukun digunakan antaranya Tukun Dasar Lembut Penghalang Pukat Tunda (TDL PT),Tukun Dasar Lembut (TDL),Tukun Rekreasi (TR) yang menggunakan konsep konservasi dan rekreasi.


Tahun ini sahaja sebanyak 70 tukun dilabuhkan melibatkan nilai tertinggi iaitu RM2.2 juta.


"Sejak adanya aktiviti melabuhkan tukun di perairan Kelantan ini kita lihat pendaratan ikan itu semakin meningkat saban tahun.

"Selain aktiviti melabuhkan tukun ini kita juga buat beberapa aktiviti untuk melindungi kawasan tukun yang kita labuhkan salah satunya adalah kita membersihkan kawasan tukun itu daripada kita panggil 'coast net',"

Beliau di temui pemberita pada Program Melabuh Tukun Tiruan Kuboid Penghalang Pukat Tunda (Konservasi) Di Perairan Tok Bali,di sini.


Hadir sama pada majlis itu ialah Pengerusi Jawatankuasa Pertanian,Industri Agromakanan dan Komoditi Negeri,Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail.


Mengulas lanjut,Dr Erniyta berkata setiap unit tukun yang dilabuhkan mampu menyumbang kepada penghasilan lebih 6,000 kilogram (kg) ikan daripada lebih 28 jenis spesis ikan berpotensi termasuk kerisi,tanda,kerapu,jenahak dan sebagainya.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.