Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2024-07-25
berita.rtm.gov.my
HaiPress

FOTO HIASAN
KUALA LUMPUR,24 Julai- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini seiring dengan pergerakan harga emas di New York Commodities Exchange (COMEX).
Pada penutup dagangan,kontrak bulan semerta Julai 2024 meningkat kepada AS$2,413.80 setiap auns troy daripada AS$2,406.60 setiap auns troy pada Selasa manakala Ogos 2024,September 2024,Oktober 2024,Disember 2024 dan Februari 2025 menokok kepada AS$2,427.20 setiap auns troy daripada AS$2,420.00 setiap auns troy.
Jumlah dagangan merosot sembilan lot daripada 22 lot semalam manakala kepentingan terbuka menguncup kepada 33 kontrak daripada 47 kontrak.
Harga emas fizikal berada pada AS$2,403.10 setiap auns troy mengikut penetapan harga London Bullion Market Association pada 23 Julai,2024. -BERNAMA