Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2024-07-25
berita.rtm.gov.my
HaiPress

Foto RTM
KUALA LUMPUR,25 Julai- Public Investment Bank Bhd mengunjurkan inflasi keseluruhan pada purata 2.0 hingga 3.5 peratus pada 2024.
Manakala inflasi teras dalam julat 2.0 hingga 3.0 peratus bagi tahun ke tahun.
Risiko kenaikan inflasi pula bergantung kepada tahap limpahan daripada langkah dasar domestik berkaitan subsidi,kawalan harga serta faktor turun naik harga komoditi global dan dinamik pasaran kewangan.
Inflasi keseluruhan Malaysia kekal stabil pada 2.0 peratus tahun ke tahun pada Jun,lebih rendah daripada anggaran ramai sebanyak 2.2 peratus tahun ke tahun.
Hong Leong Investment Bank (HLIB) pula menjangkakan inflasi meningkat pada separuh kedua 2024.
Ia susulan pelarasan subsidi bahan api diesel dengan risiko kenaikan seterusnya bergantung kepada keputusan membabitkan penyasaran subsidi bahan api RON95.