Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2024-07-26
berita.rtm.gov.my
HaiPress

Foto RTM
GURUN,26 Julai-Enam Notis Arahan di bawah Seksyen 48A,Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dikeluarkan Jabatan Alam Sekitar JAS Negeri Kedah semalam (Khamis).
Sebanyak 53 buah kenderaan diesel telah diperiksa menerusi Operasi Halangan (Obstacle) PLUS Bersama JAS Kedah.
Operasi turut melibatkan kira-kira 80 anggota PLUS,PDRM,JPJ,AADK dan PUSPAKOM.
Menurut Pengarah JAS Negeri Kedah Sharifah Zakiah Syed Sahab,operasi selama lebih empat jam itu dijalankan di Dataran Rehat & Rawat RNR Gurun Arah Selatan.
Empat pemilik kenderaan turut dikenakan tindakan kompaun di bawah Peraturan 11(1),Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Dari Enjin Diesel) 1996 .
Jelasnya JAS sentiasa komited untuk mengawal punca-punca pencemaran udara dari pelbagai aktiviti seterusnya menjamin kualiti udara yang baik.