Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2024-07-26
berita.rtm.gov.my
HaiPress

FOTO HIASAN
KUALA LUMPUR,26 Julai- Mesyuarat Jemaah Menteri mengekalkan garis panduan sedia ada berhubung penganjuran program dan penyaluran sumbangan sekolah.
Kementerian Pendidikan (KPM) dalam satu kenyataan menyatakan,garis panduan itu antara lain menggariskan aktiviti sumbangan kepada sekolah tidak boleh memapar dan mempromosi minuman keras di dalam premis sekolah.
Pada masa sama,Mesyuarat Jemaah Menteri juga mengambil pendirian untuk memberi pertimbangan kepada sekolah vernakular menerima sumbangan melalui Lembaga Pengelola Sekolah (LPS) dan yayasan,seperti mana yang diamalkan sejak beberapa pentadbiran terdahulu dan tidak pernah dipertikaikan mana-mana pihak.
Bagaimanapun,Mesyuarat Jemaah Menteri menegaskan penganjuran aktiviti melibatkan jenama minuman keras tidak boleh melibatkan pelajar Islam.