Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2024-07-26
berita.rtm.gov.my
HaiPress

Ketua Jabatan,Perhubungan dan Kolaborasi Industri CyberSecurity Malaysia,Azrul Nazim Abdul Aziz
KUALA LUMPUR,26 Julai - Pendedahan dan kesedaran umum mengenai taktik pihak tertentu yang berusaha melemahkan sistem penyampaian maklumat adalah amat penting.
Ketua Jabatan,Azrul Nazim Abdul Aziz berkata ia seiring dengan perkembangan teknologi,seperti kecerdasan buatan (AI) yang berisiko menyebarkan maklumat tidak sahih yang semakin meningkat.
"Teknologi AI,sekarang ini digunakan secara berleluasa oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Mereka menggunakan teknologi AI untuk mengesahkan sesuatu perkara yang tidak tentu kesahihannya atau membenarkan yang tidak benar," katanya.
Beliau ditemui pemberita selepas menjadi tetamu Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri Kota Media,di sini.
Azrul turut menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada dan hanya mendapatkan informasi sahih melalui pihak berkuasa yang bertanggungjawab memberikan maklumat terkini.