Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2024-07-26
berita.rtm.gov.my
HaiPress

Foto Hiasan/ BERNAMA
KUALA LUMPUR,26 Julai- Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil pada Jumaat dengan sokongan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) yang menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Mudah tunai dalam sistem konvensional berkurang kepada RM35.30 bilion daripada RM37.20 bilion pada sebelah pagi,manakala dana Islam turun kepada RM21.40 bilion daripada RM22.79 bilion.
Terdahulu hari ini,BNM menawarkan dua tender repo berbalik.
Bank pusat turut mengumumkan ketersediaan kemudahan repo berbalik,perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar bagi tempoh satu hingga tiga bulan.
Pada 4 petang,bank pusat melaksanakan tender pasaran wang konvensional bernilai RM35.30 bilion dan tender pasaran wang Murabahah bernilai RM21.40 bilion,kedua-duanya bagi wang tiga hari.
Setakat 25 Julai,2024,Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 3.00 peratus. - BERNAMA