Fri Dec 20
Hari Pahlawan akan mempersembahkan pantomim, ceritakan pengorbanan wira negara
2024-07-27 berita.rtm.gov.my HaiPress
Mejar Jeneral Datuk Mohd Nizam Jaffar
KUALA LUMPUR,27 Julai- Hayati pengorbanan pejuang tanah air yang berjuang hingga ke akhir nyawa dan pengorbanannya tiada galang ganti dalam mempertahankan negara.
Asisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota,Mejar Jeneral Datuk Mohd Nizam Jaffar menegaskan,kemerdekaan yang diperoleh tanah air tidak diperolehi begitu sahaja.
Justeru antara pengisian Istiadat Hari Pahlawan pada 31 Julai ini adalah mempersembahkan pantomim mengenai pengorbanan pejuang negara melibatkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
"Kita akan menunjukkan peristiwa yang melibatkan tentera dan polis bahawa kedua-dua pasukan keselamatan ini ibarat isi dengan kuku. Perlu saling berganding baru saling membantu untuk membanteras segala anasir-anasir yang datang.
"Pantomim kali ini akan menceritakan pengorbanan wira-wira negara yang turut terkorban dalam insiden tersebut. Kita tidak boleh mengambil keamanan itu dengan mudah. Keamanan tidak datang dengan sendirinya,dia datang dengan maksud pengorbanan yang amat besar," katanya kepada pemberita selepas menjadi tetamu program Selamat Pagi Malaysia (SPM) di Wisma Berita,Angkasapuri Kota Media.
Sambutan Hari Pahlawan pada 31 Julai ini akan diadakan di Dataran Pahlawan,Putrajaya.
Pada masa sama Mohd Nizam juga mahu rakyat Malaysia terus bersatu dan berpadu dalam memahami erti kepahlawanan serta mendalami erti pengorbanan.