Fri Dec 20
Arkib Negara anjur Konvoi bermotorsikal 'Kembara Memorial: Anak Malaysia Merdeka'
2024-07-27 berita.rtm.gov.my HaiPress
FOTO RTM
KUALA LUMPUR,27 Julai - Konvoi bermotorsikal 'Kembara Memorial: Anak Malaysia Merdeka',program serampang dua mata ke arah menyemarak semangat patriotisme bersempena dengan sambutan Bulan Kebangsaan.
Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara Mohamad Sobri Mat Daud berkata,pada masa sama,menyebar luas Arkib Memorial sebagai lokasi pelancongan pendidikan kepada masyarakat.
Program berlangsung selama dua hari bermula dengan perlepasan 20 penunggang motorsikal di perkarangan Memorial Tun Hussien Onn,Kuala Lumpur oleh Timbalan Ketua Setiausaha,Kementerian Perpaduan Negara,Mohamad Sobri Mat Daud; merentasi tiga negeri bermula di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menuju ke Negeri Sembilan,seterusnya ke Bumi Hang Tuah,Melaka.
"Mereka membawa semangat patriotisme,cintakan negara sempena kemerdekaan ini. Dan mereka akan mempelajari apa yang ada di memorial,di pustaka,di galeria yang terdapat bawah arkib ini,yang ada 11 buah galeri. Kita perlu kenal negarawan,kita perlu kenal sejarah ketamadunan negara kita sebagai asas kepada rasa kasih sayang kita kepada negara. Itulah asas kepada perpaduan," kata Mohamad Sobri,di sini.
Program sulung anjuran Arkib Negara itu dilaksana bawah inisiatif Kementerian Perpaduan untuk memperkenal serta menguar-uarkan peranan setiap agensi dan organisasi yang bernaung bawahnya.
Ia juga bertujuan meningkatkan kesedaran dan jati diri bangsa khususnya dalam kalangan generasi muda sebagai pelapis kepimpinan negara pada masa hadapan.
"Yang sebenarnya akan bermula pada pagi esok. Pagi esok akan dilepaskan,rombongan ataupun konvoi akan pergi ke Kampung Portugis dan akan ada aktiviti.
"Selepas dari Kampung Portugis,konvoi akan berlepas ke Kampung Perigi Hang T uah. Di kampung itu ada juga aktiviti dengan orang ramai. Ada penyerahan bendera,kemudian ada penanaman pokok kelapa dan ada program-program lainlah. Aktiviti-aktiviti lain bersama-sama masyarakat.
"Penunggang itu dari sini ke Melaka. Di Melaka esok akan ditambah lagi,20 motorsikal yang vintaj," kata Timbalan Ketua Pengarah Arkib Negara,Mokhtaruddin Lamsin.
Pelbagai program disusun sepanjang hari kedua di Memorial Tun Abdul Ghaffar Baba,Melaka termasuk peraduan melukis,kuiz kemerdekaan dan dijadual berakhir sekitar pukul 5.00 petang esok.