Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2024-07-27
berita.rtm.gov.my
HaiPress

Foto hiasan
KUALA LUMPUR,27 Julai- Kadar antara bank jangka pendek dijangka kekal stabil minggu depan berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) yang menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Bagi minggu ini,bank pusat memasuki pasaran setiap hari untuk mengurangkan lebihan dana daripada sistem kewangan dengan menawarkan tender repo berbalik dan tender repo terbalik Islam.
Lebihan mudah tunai dalam sistem konvensional minggu ini berkurangan kepada RM35.30 bilion daripada RM41.04 bilion pada minggu sebelumnya.
Dalam sistem Islam,lebihan mudah tunai menyusut kepada RM21.40 bilion daripada RM23.14 bilion sebelumnya.
Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 3.00 peratus pada 25 Julai.- BERNAMA