Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2024-07-27
berita.rtm.gov.my
HaiPress

Foto RTM
KUALA LUMPUR,27 Julai-Westports Holdings Berhad mencatat keuntungan bersih,RM203.74 juta pada suku kedua berakhir 30 Jun 2024 berbanding RM194.76 juta pada tempoh sama tahun lepas.
Turut direkod,pertambahan hasil kepada RM1.10 bilion daripada RM1.06 bilion bagi separuh pertama tahun kewangan 2024.
Wesport berkata prestasi cemerlang tersebut dipengaruhi oleh peningkatan dalam perolehan kontena.
Ia juga mengisytiharkan dividen interim satu peringkat pertama sebanyak 8.89 sen sesaham untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024.
Pihaknya akan terus menekankan kepentingan untuk mempunyai lebih dari satu pelabuhan bagi mengendalikan perdagangan serantau yang semakin berkembang.
Ini bagi memastikan pelabuhan ini mampu bekerja seiring untuk kekal berdaya tahan dan kebolehpercayaan keseluruhan rantaian bekalan serantau dan global.