Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2024-07-30
berita.rtm.gov.my
HaiPress

Siti Alia Umairah Naim
ALOR SETAR,30 Julai - Polis Daerah Kota Setar sedang mengesan seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang dilaporkan hilang sejak semalam.
Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisioner (ACP) Siti Nor Salawati Saad dalam kenyataan memaklumkan,pihaknya menerima laporan kehilangan Siti Alia Umairah Naim daripada kakaknya kira-kira pukul 11.12 pagi Ahad lalu.
Remaja itu dipercayai telah keluar dari kediaman mereka di kawasan Pulau Kerengga,Alor Setar antara pukul 8.00 malam pada 27 Julai hingga 6.00 pagi,28 Julai lalu.
"Antara ciri-ciri remaja tersebut berkulit cerah,berat badan sekitar 58 kilogram (kg) berketinggian 158 sentimeter dan mempunyai lesung pipit di kedua-dua belah pipi dan bertudung.
"Remaja berkenaan merupakan anak keempat daripada lima adik beradik,pelajar tingkatan dua di sebuah sekolah menengah di Jitra.
Kali terakhir mangsa dilihat memakai t-shirt berwarna kelabu dan berseluar jeans warna biru.
Orang ramai yang mempunyai maklumat tentang keberadaan Siti Alia Umairah diminta menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat Jenayah,Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar,Sarjan Siti Hajjar Abdul Gani di talian 04-7747222 atau 012-7934731.
Maklumat juga boleh disalurkan di balai polis berhampiran.