Malaysia mohon China pertimbangkan pengecualian visa 30 hari

2024-07-30     berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto Hiasan/Foto RTM

KUALA LUMPUR,30 Julai-Menteri Luar Negeri Datuk Seri Mohamad Hasan berharap agar China mempertimbangkan pemberian visa selama 30 hari kepada rakyat Malaysia.

Jelas Mohamad,kemudahan berkenaan dapat memudahkan perjalanan selain memperkukuhkan hubungan perniagaan antara kedua-dua negara.

"Permohonan ini adalah berasaskan kepada prinsip reciprocity; kami bersedia memberikan kemudahan yang sama kepada China. Dengan adanya visa ini,ia akan memudahkan rakyat Malaysia,terutamanya mereka yang mempunyai urusan perniagaan,untuk melawat China tanpa sebarang halangan," ujar Mohamad ketika menjawab pertanyaan daripada Senator Datuk Seri Dr Awang Sariyan di Parlimen mengenai langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan untuk meningkatkan interaksi antara rakyat dua negara.

Ujarnya,ketika ini,China memberikan pengecualian visa selama 15 hari kepada rakyat Malaysia yang melawat negara berkenaan.

Sebagai makluman,Malaysia telah pun memberi pengecualian visa selama 30 hari bagi warganegara China dan India melalui Pelan Liberalisasi Visa (PLV) yang berkuatkuasa sejak 1 Disember tahun lalu.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.