Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2024-07-30
berita.rtm.gov.my
HaiPress

Foto Polis
KOTA TINGGI,30 Julai - Seorang penunggang motosikal lelaki maut dalam kemalangan melibatkan lima kenderaan di Kilometer 20.4 Jalan Kota Tinggi-Kulai kira-kira pukul 5.55 pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Superintendan Hussin Zamora berkata,mangsa pekerja kilang di Pasir Gudang berumur 35 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kerana cedera parah di bahagian badan.
Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Kota Tinggi untuk prosedur siasatan.
"Kemalangan juga melibatkan sebuah lori dan tiga buah kereta,dengan salah sebuah kereta terbakar dalam kejadian itu," katanya menerusi kenyataan.
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41 ( 1 ) Akta Pengangkutan Jalan 1987.