Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2024-07-31
berita.rtm.gov.my
HaiPress

Kejadian tanah runtuh berlaku berhampiran Masjid Kampung Semanggar Dalam,melibatkan kawasan sepanjang 150 meter dan ketinggian enam meter,malam tadi
KOTA TINGGI,31 Julai- Jalan Semanggar Dalam,Kota Tinggi,Johor,ditutup kepada semua jenis kenderaan,selepas berlaku tanah runtuh di laluan J224,pukul 11.00 malam tadi.
Menerusi kenyataan Jabatan Kerja Raya (JKR) Kota Tinggi,tanah runtuh berlaku berhampiran Masjid Kampung Semanggar Dalam,melibatkan kawasan sepanjang 150 meter dan ketinggian enam meter.
Siasatan mendapati tanah runtuh berpunca daripada hujan lebat di kawasan tersebut.
Pengguna jalan raya diminta menggunakan laluan alternatif,iaitu Simpang Warung Bilal ke Kota Tinggi – Kluang,selain Simpang Loji SAJ ke Kulai – Kota Tinggi.