Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2024-07-31
berita.rtm.gov.my
HaiPress

FOTO HIASAN
KUALA LUMPUR,31 Julai- Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil pada Selasa berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Mudah tunai dianggarkan sebanyak RM34.78 bilion dalam sistem konvensional dan RM21.23 bilion dalam dana Islam.
Hari ini,bank pusat itu akan menjalankan tender repo berbalik bernilai RM1.5 bilion juta bagi tempoh 31 hari.
BNM turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik,perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu dan tiga bulan.
Pada 4 petang,BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM36.3 bilion dan RM21.2 bilion untuk tender semalaman Murabahah.- BERNAMA