Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2024-08-02
berita.rtm.gov.my
HaiPress

FOTO FAIL
KUALA LUMPUR,1 Ogos - Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup bercampur-campur hari ini.
Kontrak bulan semerta Ogos 2024 meningkat 6.0 mata kepada 1,631.0,September 2024 merosot 17.0 mata kepada 1,612.0,Disember 2024 menokok 6.5 mata kepada 1,618.0 dan Mac 2025 turun 7.0 mata kepada 1,612.0.
Jumlah dagangan menyusut kepada 6,394 lot daripada 12,163 lot pada Rabu manakala kepentingan terbuka merosot kepada 50,296 kontrak daripada 58,462 kontrak sebelumnya.
Pada 5 petang,FBM KLCI berkurangan 1.32 mata atau 0.08 peratus kepada 1,624.25 daripada paras penutup 1,625.57 sebelumnya. - BERNAMA