Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2024-08-06
berita.rtm.gov.my
HaiPress

Pensyarah Kewangan,Universiti Malaysia Terengganu,Prof Madya Dr. Safwan Mohd Nor
KUALA LUMPUR,5 Ogos- Pengukuhan nilai ringgit ketika ini memberi kesan positif dan manfaat terutama kepada sektor-sektor yang bergantung kepada import.
Menurut Pensyarah Kewangan,Prof Madya Dr. Safwan Mohd Nor,sektor berkaitan seharusnya menikmati kos import lebih rendah,seterusnya mendorong pengurangan dalam kos pengeluaran.
"Sektor-sektor seperti pembuatan yang bergantung kepada bahan mentah dari luar negara mungkin melihat penurunan kos. Pengukuhan ringgit juga boleh mendorong kepada peningkatan pelaburan dalam sektor teknologi dan perkhidmatan yang lebih berasaskan pengetahuan memandangkan kos import teknologi akan berkurangan,"katanya.
Beliau yang juga Penyelidik Bersekutu,Institut Kajian Ekonomi Strategik Victoria University Australia berkata,momentum pengukuhan ringgit dijangka berterusan dan berpotensi didagangkan lebih tinggi berbanding dolar daripada paras semasa.
Ini akan memberi sokongan kepada nilai ringgit yang ketika ini masih bawah nilai sebenar.
Langkah-langkah pembaharuan ekonomi dan kawalan fiskal berhemah akan menyumbang kepada keyakinan pelabur seterusnya membawa kestabilan ringgit dalam jangka panjang.