Fri Dec 20
Projek perumahan baharu perlu sedia blok rumah MADANI
2024-08-06 berita.rtm.gov.my HaiPress
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim/ BERNAMA
KUALA LUMPUR,6 Ogos- Jabatan Wilayah Persekutuan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diarahkan supaya menyediakan blok rumah MADANI bagi setiap projek pembangunan perumahan baharu untuk golongan B40 dan M40 sebagai syarat bagi mempercepatkan kelulusan permohonan.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata,kerajaan boleh mempercepatkan proses kelulusan pembangunan perumahan itu,sekiranya projek perumahan berkenaan dibangunkan sekali dengan sekurang-kurangnya satu atau dua blok rumah MADANI.
Arahan Datuk Seri Anwar itu berikutan permintaan untuk membeli rumah di sekitar ibu kota adalah sangat tinggi sehingga mencecah puluhan ribu permohonan.
"Jentera kerajaan harus dikerahkan supaya menyelesaikan masalah perumahan yang sangat rumit. Kita warisi kedudukan bila tengok senarai,60,000 orang menunggu untuk dapat rumah bandaraya.
"Kemudian kita diserang nak suruh selesaikan 60,000 dalam satu tahun... tak boleh. Saudara Nga Kor Ming sedang rancang supaya sekurang-kurangnya 3,000-4,000 perumahan disediakan di satu tempat dan tiap perumahan baru.
"Saya arahkan Jabatan Wilayah Persekutuan dan DBKL,buat perumahan baru,dia ada tanah,okay. Kita luluskan. Kita boleh bagi kelonggaran. Kita boleh mempercepatkan. Tapi syaratnya... mesti ada satu dua blok rumah MADANI untuk rakyat memanfaatkan daripada ini.
Beliau berucap dalam Majlis Peluncuran Perumahan Penjawat Awam Malaysia MADANI (PPAM MADANI),di Bandar Sri Permaisuri,Kuala Lumpur.