Curi motosikal, tujuh remaja diberkas polis

2024-08-07     berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto RTM

LABUAN,7 Ogos-Tujuh remaja ditahan Polis Labuan kerana terbabit dalam kes kecurian empat buah motosikal yang berlaku dalam tempoh sebulan.


Ketua Polis Daerah Labuan,Superintendan Hamizi Halim berkata,pasukan petugas khas telah ditubuhkan bagi mengesan suspek yang berjaya membawa kepada penahanan dua remaja yang disyaki terlibat dalam kes berkenaan.


Semakan mendapati motosikal yang digunakan suspek merupakan motosikal yang dilaporkan hilang.


Kesemua laporan yang diterima telah di siasat di bawah Seksyen 379 A Kanun Keseksaan iaitu kecurian kenderaan.


Siasatan lanjut,membawa kepada penangkapan lima lagi remaja menjadikan kesemua yang ditahan adalah tujuh suspek berumur 14 hingga 18 tahun.


Tiga buah motosikal yang dicuri berjaya ditemui semula dalam keseluruhan operasi berkenaan.


"Dengan cara membuang motosikal tersebut di sebatang sungai berhampiran dengan tempat kejadian,dipandu arah oleh suspek dan pihak kami telah mendapat bantuan daripada unit selam polis Marin dan juga pasukan Forensik daripada jabatan siasatan jenayah kontinjen Sabah.

"Kita menyelam mencari dan telah berjaya merampas atau menjumpai semula motor tersebut",katanya di sini.


Empat daripada suspek merupakan pelajar sekolah manakala tiga lagi tidak bersekolah.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.