'MADANI Jiwa Merdeka', lagu rasmi Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2024

2024-08-07     berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto BERNAMA

PUTRAJAYA,6 Ogos- Lagu rasmi bagi sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2024 dilancar hari ini.

'MADANI Jiwa Merdeka' garapan Pengarah Muzik Orkestra Radio Televisyen Malaysia (RTM),Datuk Mokhzani Ismail itu diharap dapat menyemarakkan lagi semangat patriotisme masyarakat.

Lagu ciptaan Affan Mazlan,nyanyian Amir Masdi itu antara usaha yang dilaksana bagi meraikan semangat kemerdekaan sempena hari kebangsaan tahun ini.

"Kita berharap sambutan pada tahun ini cukup memberangsangkan dengan cogan kata Malaysia MADANI Jiwa Merdeka."

"Saya ingin ucapkan terima kasih kepada Datuk Mokhzani,di atas usaha untuk menguruskan lagu dan lirik MADANI Jiwa Merdeka ciptaan Affan Mazlan,dinyanyikan oleh Amir Masdi. Jadi,tahniah di atas usaha ini," ucap Fahmi dalam Perhimpunan Bulanan Kementerian Komunikasi,hari ini.

Dalam pada itu Menteri Komunikasi,Fahmi Fadzil menyeru semua agensi di bawah kementeriannya untuk memanfaatkan Teknologi Kecerdasan Buatan (AI).

Usaha itu mengambil kira peranan teknologi yang mampu membantu mengurangkan beban kerja.

Jelasnya,kepesatan Teknologi AI juga dapat mempertingkatkan produktiviti tanpa mengabaikan kepakaran manusia.

"Apa yang boleh dimanfaatkan dengan teknologi ini,untuk mempercepat proses,menghasilkan sama ada laporan,bahan untuk melakukan kajian."

"Kita tahu dan kita sedar Generatif AI dan AI itu sendiri tidak mampu menggantikan manusia tapi dia boleh membantu untuk mengurangkan serba sedikit kerja yang perlu kita lakukan," tambah Fahmi.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.