Pendidikan pembangunan mampan wajar diperkenal diperingkat sekolah - Zaliha

2024-08-08     berita.rtm.gov.my HaiPress

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan),Dr. Zaliha Mustafa

KUALA LUMPUR,8 Ogos - Pendidikan berteraskan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) wajar diperkenal diperingkat sekolah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan),Dr. Zaliha Mustafa berpandangan inisiatif itu boleh diwujudkan menerusi pendidikan formal atau tidak formal.

Beliau berkata ia bakal memberi pendedahan kepada golongan muda dalam aspek kelestarian alam sekitar dan kesihatan masyarakat,sekali gus memastikan pembangunan negara dan ekosistem alam dapat diseimbangkan.

"SDG ini haruslah dibentuk dari usia kanak-kanak. Kita juga boleh bekerjasama dengan KPM untuk memastikan subjek SDG boleh dijadikan subjek formal atau tidak formal dimana akhirnya anak-anak boleh mengetahui bukan hanya datang ke pusat-pusat tertentu tetapi di sekolah pun boleh mengetahuinya.

"Kita boleh adakan perbincangan terus dengan KPM,dengan menteri sebab saya sering berbincang tentang hal ini tetapi tidak secara formal...mungkin selepas ini kita akan bincang secara lebih formal,lebih fokus dan menjurus," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas sesi turun padang ke tapak cadangan Pusat SDG,Bangunan Kuala Lumpur City Gallery (KLCG),di sini.

Bangunan KLCG iaitu Bangunan Pustaka Peringatan Kuala Lumpur dicadangkan sebagai lokasi baharu bagi Pusat SDG Kuala Lumpur dalam usaha Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melebarkan lagi fungsi dan ruang Pusat SDG yang sedia ada.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.