Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2024-08-08
berita.rtm.gov.my
HaiPress

Foto REUTERS
KUALA LUMPUR,8 Ogos- Laporan media Thailand mengenai hasrat Tesla Inc (Tesla) membatalkan rancangan pengeluarannya di Asia Tenggara mungkin satu keputusan komersial operasinya di peringkat global,kata Kementerian Pelaburan,Perdagangan dan Industri (MITI).
Jurucakap MITI berkata tindakan pengeluar kenderaan elektrik (EV) global itu bagaimanapun tidak mencerminkan pembaharuan perindustrian dan penambahbaikan landskap pelaburan yang diusahakan oleh MITI serta agensinya sejak Disember 2022.
Beliau juga menegaskan bahawa laporan media itu bukan kenyataan rasmi Tesla dan hanya berdasarkan ulasan daripada sumber yang identitinya dirahsiakan.
“Sebarang pengesahan laporan itu perlu dibuat oleh Tesla,” katanya kepada media pada Khamis.
Setakat ini tiada sebarang kenyataan dikeluarkan daripada Tesla berhubung isu itu.
Semalam,portal berita dalam talian Thailand The Nation memetik sumber enggan dikenali dalam kerajaan itu,melaporkan Tesla membatalkan rancangan membangunkan kilang di Malaysia,Thailand serta Indonesia.
Laporan itu menyatakan perbincangan Tesla pada masa ini hanya menjurus kepada usaha berkaitan stesen pengecasan dan menggantung rancangan membangunkan kilang bukan sahaja di Thailand tetapi di peringkat dunia.
"Tesla tidak meneruskan (rancangan) di Malaysia,Indonesia atau lokasi lain kecuali di China,Amerika Syarikat dan Jerman,” lapor portal berita itu. -BERNAMA