Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2024-08-08
berita.rtm.gov.my
HaiPress

Foto Hiasan
KUALA LUMPUR,8 Ogos- Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Mudah tunai dianggarkan sebanyak RM30.42 bilion dalam sistem konvensional dan RM18.91 bilion dalam dana Islam.
Bank pusat akan menjalankan dua tender repo berbalik,terdiri daripada tender bernilai RM1.5 bilion untuk 32 hari dan tender bernilai RM1 bilion untuk 92 hari serta tender repo berbalik Islam bernilai RM100 juta untuk 92 hari.
BNM turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik,perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu dan tiga bulan.
Pada 4 petang,BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM32.9 bilion dan tender semalaman Murabahah sehingga RM19 bilion.- BERNAMA