PPZ-MAIWP lancar kempen satu bulan satu wakaf

2024-08-09     berita.rtm.gov.my HaiPress

Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP,Datuk Abdul Hakim Amir Osman

GOMBAK,9 Ogos - Pusat Pungutan Zakat - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) melancarkan kempen satu bulan satu wakaf bermula Ogos hingga Disember tahun ini bagi mengumpul dana wakaf pembangunan lima projek pelbagai sektor berjumlah RM21.95 juta.

Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP Datuk Abdul Hakim Amir Osman berkata,umat Islam diseru untuk berwakaf dan mengambil peluang pelepasan cukai sebanyak 10 peratus dalam kempen itu sekali gus merealisasikan projek-projek yang masih memerlukan tambahan dana sebanyak RM19.7 juta.

"Dan setakat ini kami hanya berjaya mengutipsebanyak RM2.19 juta ada baki lagi RM19.7 juta setiap pewakaf yang membuat wakaf melalui PPZ-MAIWP layak untuk mendapat tolakan cukai iaitu 10 peratus daripada pendapatan agregat mengikut Akta Percukaian 1967 hanya PPZ sahaja yang bayar melalui PPZ boleh melayakkan seseorang tu peroleh tolakan cukai," kata Abdul Hakim.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas majlis peluncuran kempen tersebut di Dewan Masyarakat Taman Medan Idaman,di sini.

Projek Pembangunan Pusat Dakwah Orang Kurang Upaya (OKU) penglihatan untuk Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (Pertis) menjadi permulaan kempen itu yang berjaya mengumpul dana sebanyak RM34,000 setakat ini.

Manakala projek pembelian bas wakaf untuk kegunaan doktor pelatih berulang-alik ke hospital dan pembelian peralatan perubatan kepada pesakit di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM),Universiti Kebangsaan Malaysia akan bermula September akan datang serta projek lain hingga Disember.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.