Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2024-08-10
berita.rtm.gov.my
HaiPress

Foto BERNAMA
KEPALA BATAS,10 Ogos-Penguatkuasaan undang-undang dan kempen kesedaran keselamatan jalan raya akan ditingkatkan.
Menteri Dalam Negeri,Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata ia bagi mengurangkan kes kemalangan motosikal di negara ini.
"Kita juga akan tingkatkan aspek penguatkuasaan,aspek penguatkuasaan ini kalau kita tingkatkan selalunya kita akantengok daripada segi jumlah saman.
"Kalau lihat daripada segi bilangantrend tiga tahun kebelakangan ini,angka saman yang dikeluarkan itu tinggi,sangat tinggi.
"Ia (kemalangan) trendnya meningkat bermaksud aspek penguatkuasaan kalau ditunjukkan indikatornya adalah jumlah saman itu memang tinggi..maksudnya penguatkuasaan itu berjalan. Namun,di sisi lain angka kemalangan masih terus berlaku. Jadi kami bincangkan soal bahagian trafik Bukit Aman," katanya kepada pemberita di sini.
Terdahulu,Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan kebimbangan berhubung perkara itu yang dikaitkan dengan faktor kelemahan penguatkuasaan undang-undang serta isu penyelenggaraan jalan raya.